LAWAK 1
Seorang lelaki yang sengau naik ke
sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
"Vang.. vas nih fegi hamfang
ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri.
Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang
pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi?
kesian dia..."
Pemandu itu pun menjawab:
"Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata
haya hehek hia hulakk!!!... ....."
(Macam mana saya nak jawab.. saya
pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak )
LAWAK 2
Ayam : Manusia ni
memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata
ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
LAWAK 3
Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat
murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia
nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengoktv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: "Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"
Thank you
LAWAK 4
SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya
LAWAK 5
Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin
menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".
"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.
Amin kemudian berkata
"Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju.
"Tiga orang wanita makan aiskrim, wanita pertama menjilat bahagian atas
aiskrim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon
aiskrim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskrim
tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"
Gurunya dengan
teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".
"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara
cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.
LAWAK 6
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong
US ketika berjalan² di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia
meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm
sorry. three "
Pelancong : " What
are you sorry for? "
Gadis : " I'm
sorry, five "









